Monday, 26 March 2012

Tahukah Anda Khasiat Al-Rumman


Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata.Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.
Buah Delima

Khasiat buah Delima
1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3. Cara memanfaatkan Delima
  • Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
  • Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
  • Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.
  • Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

No comments:

Post a Comment