Saturday 8 June 2013

Madu Kelulut Asli

Madu Kelulut Asli
300gram
KELULUT merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE (lebah) yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Lebah kelulut ini bersaiz kecil dan mempunyai 33 spesis di Malaysia di mana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak.
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah. Dengan bentuk badan lebah kelulut yang kecil, ia dapat menghisap madu pada semua jenis bunga termasuklah pokok-pokok herba renek yang melata di hutan hujan tropika.
Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga ‘Bee Bread’ iaitu campuran antara debunga (pollen) dengan madu. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit ‘MASAM’ dan warnanya adalah lebih cerah.
Koloni kelulut biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau rosak, ini kerana kandungan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Madu kelulut juga dikatakan mempunyai khasiat tinggi. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Dengan khasiat madu kelulut yang banyak ini, syarikat telah mengambil inisiatif untuk memasarkan madu kelulut kepada pengguna bagi merasai sendiri kehebatan khasiat madu kelulut.

Harga:
Semenanjung Malaysia: RM182.00
Sabah & Sarawak : RM189.00

Pengedar seluruh Malaysia diperlukan segera!!!

Berminat sila hubungi 0136920965
@
email : jusdelimapenawar@gmail.com

No comments:

Post a Comment